Archive for August, 2006

Aku selalu mengeluh, aku sentiasa berseorangan dan kesunyian, Selalu juga berasa bosan. Bosan memikirkan masalah yang tak henti datang padaku. Bosan nak belajar. Dan yang paling teruk kadang2 berasa bosan nak hidup. Keinginanku mahu sentiasa ditemani dan disisi ahli keluarga, orang2 tersayang atau rakan2. Apa yang kuinginkan Cuma keseronokan dan gelak ketawa di sekelilingku. Barulah hidupku tak bosan dan rasa tak tertekan. Suatu malam seperti malam2 yang selalu kurasai, mataku sukar terlelap walaupun jam menunjukkan dah waktu pagi dan hanya menunggu siang saja. Aku pula masih berangan… kemudian berfikir tentang diriku yang begitu naif. Sebenarnya bukan aku seorang sahaja yang berseorangan. Rupanya ada insan lain yang telah sekian lama berseorangan tapi tidak pernah pula dia mengeluh atau berasa bosan. Dia berseorangan menjaga, membesarkan dan memberi kasih sayang sejak ku dilahirkan. Selama ini aku tak pernah pula memikirkan tentangnya yang berseorangan tak jemu2 memenuhi segala keperluan dan kehendakku. Aku tak sedar aku banyak menyusahkannya selama hadirku dalam hidupnya kerana dia tidak pernah berfikir sedemikian malah tidak berasa bosan seperti yang kurasa selalu. Dia sentiasa dan tetap tabah berjuang meneruskan kepayahan hidup dan kadang2 adalah kerana aku dan yang tak pula berkurang walaupun sepatutnya, semakin besarnya diriku, semakin matanglah tindakan dan fikiran ku dan dapat membantu meringankan beban dirinya. Kenapa aku tidak setabah dirinya? Dialah insan teristimewa dalam hidupku. Aku seharusnya sedar, aku tak patut berasa bosan lagi dengan didupku kerana masih ada lagi tempat mengadu walaupun dipisahkan oleh jarak tapi dia sentiasa ada dikala aku memerlukan. Kepada ibuku tersayang dan amat kurindui, aku berjanji ajkan sedaya upaya membalas jasamu dan cuba membahagiakan dirimu. Kaulah sumber inspirasi dan idolaku. Aku cuba menjadi kuat sekuat dirimu dalam menempug segala dugaan dalam hidup ini. I LOVE U SO MUCH…

Comments 2 Comments »

Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa

Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan

Tidak kesampaian cinta kita
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahagia tiada lagi duka

Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikau kan fahami…

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku

Comments No Comments »

Agnes Monica - Tak Ada Logika

Bukannya aku tak tahu
kau sudah ada yang punya
dan atau bisikan cinta
ku tahu engkau berdusta

namun ku tak mau mengerti
selamakau masih bersamaku
karna ku suka,
ku butuh cinta yang pernah hilang dariku

**
Cinta ini,
kadang-kadang tak ada logika
berisi semua hasrat dalam hati
ku hanya ingin dapat memiliki
dirimu hanya untuk sesaat

bukannya aku tak tahu
kau sudah ada yang punya
karna telah kau bisikkan cintamu padaku
ku tahu engkau berdusta

Comments No Comments »