Aku kekadang terbenci kehidupanku yang kurasakan tidak adil dan menghimpit aku dengan bebanan tak henti2. Aku benci jika waktu senja menjelang, mesti malam akan menjelma tidak lama lg. Malam membawa kesunyian dan keterasingan padaku. Aku benci dengan diriku yang tanpa kusedar telah melakukan kesilapan yang tak mudah diperbetulkan. Aku benci dengan apa yang sedang kutempuhi ini. Aku benci!!!!
Ramai yang memujukku dengan berkata biarlah kita menhadapi kepahitan sekarang, mungkin kita akan mengecapi kemanisan diakhirnya juga. Tapi bagaimana aku harus percaya kalau telah sekian lama aku tidak merasa kemanisan itu. Berdosakah aku untuk menolak ketentuan Tuhan? Sudah tentu. Aku selalu merasakan diriku telah salah merancang hidupku selama ini. Tapi bagaimana lagi yang harus aku lakukan?
Apabila aku di dalam kepayahan orang hanya tahu berkata begitu dan begini, itu dan ini, tapi yang menanggungnya adalah aku. Berapa kali aku harus pasrah? Bila hidupku akan berubah? Ahhh!!! aku dah bosan dengan pelbagai soalan yang menyesakkan dada. walaupun aku meminta sesiapa menjawab segala persoalan itu, tak ada siapa pun yang memberikan jawapan yang memuaskanku lalu menenangkan hatiku.
Di mana ketenangan dalam hidupku? Mohonlah pada Tuhan. Itu jawapan yang mesti kuterima. Tapi bila sudah banyak kali memohon tapi tiada termakbul, aku jd lagi letih. Berusahalah lagi.. Lagi satu jawapan yang membuatkan aku bertambah letih. Tolonglah aku… Aku benci diriku dan kehidupanku ini!
Aku ingin lari dari semua ini. Tapi kemana? Bagaimana? Soalan lg…
Entries (RSS)