Archive for February, 2009

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang .

Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak , pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Comments No Comments »

Kekecewaan.. Semua orang pernah merasainya dan tiada yang terkecuali tapi tahap kekecewaan setiap kita adalah berbeza kerana situaisi yang berbeza. Aku juga telang menghadapi pelbagai bentuk kekecewaan tapi yang paling parang adalah bila aku dilukai tanpa darah. Bukan sebab luka itu tidak dalam tapi kerana luka itu di hati yang darahnya tidak kelihatan tapi kesakitannya terpaksa ku tanggung. X siapa pun mengkehendakinya, namun kita terpaksalah jua menghadapinya.

 

Kekecewaan menyebabkan aku benci akan diriku. Aku hampir memarahi Penciptaku yang menyebabkan ku sakit kerana kecewa. Namun begitu padaNya juga lah aku mengadu, merayu dan memohon agar kesakitan itu sembuh. Akhirnya, pada hari ini dan Insy’Allah seterusnya pada masa akan datang aku semakin sembuh.

 

Tanpa kuduga, aku dipertemukan dengan jalan yang lain yang membuatkan ku x akan berpaling ke jalan yang dulu. Kulihat ada sinar di jalan ini yang dapat menyembuhkan luka ku. Walaupun bukan ini yang kupinta dan ku pohon daripadaNya tapi aku bersyukur kerana sedikit demi sedikit kekecewaanku semakin ilang dan diganti dengan sinar. Aku impikan sinar bulan di sepanjang malam ku dan sinar mentari di sepanjang siang ku yang menghapus kesunyian, mendamaikan hati, menghangatkan tubuhku yang dingin dan mewarnai sepanjang hidupku. Biarlah aku mneruskan perjalanan hidupku di jalan yang berbeza dr yg dulu…

 

Aku bukan siapa2 yang ada keistimewaan yg boleh dibanggakan. Aku dilahirkan dengan fizikal yang sempurna namun aku masih merasakan banyak kecatatan pada diriku. Memang aku ada kekurangan sejak lahir lg sebenarnya tp syukurlah x menjejaskan kehidupanku dan sehingga kini ia semakin pulih. Aku amat bersyukur kerana ada juga insan yang memberikanku sinar harapan, menghargai dan menerima diriku seadanya.

 

Kepada emak, kakak2 n adik2, dan kwn2 anda semualah yang memberikanku sinar yang abadi… Buat si dia, kaulah sinar harapanku yeng menghapuskan tangisanku, mengubat lukaku dikala kecewa. hehe..

 

Kita manusia hanya mampu merancang, dan kita harus redha dengan ketentuanNya. Biarpun pahit, kalau ia adalah ubat yang dapat menyembuhkan kita jangan teragak-agak menelannya. Ni pesan sorg insan yang paksa aku mkn ubat.

Comments No Comments »

Hati ku ini diusik rasa
Semenjak kita bertemu mesra
Bibirmu mengukir
Senyuman yang menawan

Jangan kau jauhkan dirimu
Hidup ku terasa sunyi sepi
Secebis kasihmu
Yang kini ku nantikan

Andai takdir kita
Kau berpisah kiranya
Tiada ku relakan
Diriku kan jadi merana

Berikan ku sinar harapan
Ukirkanlah sekuntum senyuman
Semoga lenyaplah
Resah di dalam dada

Comments No Comments »