Kekecewaan.. Semua orang pernah merasainya dan tiada yang terkecuali tapi tahap kekecewaan setiap kita adalah berbeza kerana situaisi yang berbeza. Aku juga telang menghadapi pelbagai bentuk kekecewaan tapi yang paling parang adalah bila aku dilukai tanpa darah. Bukan sebab luka itu tidak dalam tapi kerana luka itu di hati yang darahnya tidak kelihatan tapi kesakitannya terpaksa ku tanggung. X siapa pun mengkehendakinya, namun kita terpaksalah jua menghadapinya.

 

Kekecewaan menyebabkan aku benci akan diriku. Aku hampir memarahi Penciptaku yang menyebabkan ku sakit kerana kecewa. Namun begitu padaNya juga lah aku mengadu, merayu dan memohon agar kesakitan itu sembuh. Akhirnya, pada hari ini dan Insy’Allah seterusnya pada masa akan datang aku semakin sembuh.

 

Tanpa kuduga, aku dipertemukan dengan jalan yang lain yang membuatkan ku x akan berpaling ke jalan yang dulu. Kulihat ada sinar di jalan ini yang dapat menyembuhkan luka ku. Walaupun bukan ini yang kupinta dan ku pohon daripadaNya tapi aku bersyukur kerana sedikit demi sedikit kekecewaanku semakin ilang dan diganti dengan sinar. Aku impikan sinar bulan di sepanjang malam ku dan sinar mentari di sepanjang siang ku yang menghapus kesunyian, mendamaikan hati, menghangatkan tubuhku yang dingin dan mewarnai sepanjang hidupku. Biarlah aku mneruskan perjalanan hidupku di jalan yang berbeza dr yg dulu…

 

Aku bukan siapa2 yang ada keistimewaan yg boleh dibanggakan. Aku dilahirkan dengan fizikal yang sempurna namun aku masih merasakan banyak kecatatan pada diriku. Memang aku ada kekurangan sejak lahir lg sebenarnya tp syukurlah x menjejaskan kehidupanku dan sehingga kini ia semakin pulih. Aku amat bersyukur kerana ada juga insan yang memberikanku sinar harapan, menghargai dan menerima diriku seadanya.

 

Kepada emak, kakak2 n adik2, dan kwn2 anda semualah yang memberikanku sinar yang abadi… Buat si dia, kaulah sinar harapanku yeng menghapuskan tangisanku, mengubat lukaku dikala kecewa. hehe..

 

Kita manusia hanya mampu merancang, dan kita harus redha dengan ketentuanNya. Biarpun pahit, kalau ia adalah ubat yang dapat menyembuhkan kita jangan teragak-agak menelannya. Ni pesan sorg insan yang paksa aku mkn ubat.

Leave a Reply