Author Archive

ooohhh

Kala engkau tersungkur di hati
daku mencurah kasih abadi
renungkan janji mataku ini
yakinilah di saat akhirnya

dengarlah mereka persendakan
usah gentang melawani cita
terusan melangkah kehujungnya
bangkit segera..semangatmu

Chorus

Tegarkan…jiwa jauh dari luka
biar nyala..jangan matikannya
teguh…gapaikanlah impian itu

Hapuskan duka
biar genggam bara
dalam kalbu..Ku percayakanmu..segalanya pasti…

Mimpi di erat tanganku sayang
kita bersama menanti..sinar
mimpimu menjelang jadi nyata
tunggu saatnya kan dimiliki

Chorus

Tegarkan…jiwa jauh dari luka
biar nyala..jangan matikannya
teguh…gapaikanlah impian itu

Hapuskan duka
biar genggam bara
Dalam kalbu..Ku percayakanmu..segalanya pasti…

Hapuskan duka
biar genggam bara
Dalam kalbu..Ku percayakanmu..segalanya…
Percayalah…segalanya pasti…

Comments No Comments »

You’re not alone
Together we stand
I’ll be by your side, you know I’ll take your hand
When it gets cold
And it feels like the end
There’s no place to go
You know I won’t give in
No I won’t give in

Keep holding on
‘Cause you know we’ll make it through, we’ll make it through
Just stay strong
‘Cause you know I’m here for you, I’m here for you
There’s nothing you could say
Nothing you could do
There’s no other way when it comes to the truth
So keep holding on
‘Cause you know we’ll make it through, we’ll make it through

So far away
I wish you were here
Before it’s too late, this could all disappear
Before the doors close
And it comes to an end
With you by my side I will fight and defend
I’ll fight and defend
Yeah, yeah

Keep holding on
‘Cause you know we’ll make it through, we’ll make it through
Just stay strong
‘Cause you know I’m here for you, I’m here for you
There’s nothing you could say
Nothing you could do
There’s no other way when it comes to the truth
So keep holding on
‘Cause you know we’ll make it through, we’ll make it through

Hear me when I say, when I say I believe
Nothing’s gonna change, nothing’s gonna change destiny
Whatever’s meant to be will work out perfectly
Yeah, yeah, yeah, yeah

La da da da
La da da da
La da da da da da da da da

Keep holding on
‘Cause you know we’ll make it through, we’ll make it through
Just stay strong
‘Cause you know I’m here for you, I’m here for you
There’s nothing you could say
Nothing you could do
There’s no other way when it comes to the truth
So keep holding on
‘Cause you know we’ll make it through, we’ll make it through

Keep holding on
Keep holding on

There’s nothing you could say
Nothing you could do
There’s no other way when it comes to the truth
So keep holding on
‘Cause you know we’ll make it through, we’ll make it through

Comments No Comments »

Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Berikut merupakan diantara cara-cara bagaimana untuk gadis mengekalkan keayuan mereka.

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ˜tolong” serta ˜minta maaf”.

Jangan gunakan perkataan
yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.

Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

Berjalan jangan terlalu laju.
Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga kehormatan.
Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.

Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

Menjaga sikap.
Taat beragama. Jangan bohong.

Jauhi dari merungut.
Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Comments No Comments »

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang .

Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak , pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Comments No Comments »

Kekecewaan.. Semua orang pernah merasainya dan tiada yang terkecuali tapi tahap kekecewaan setiap kita adalah berbeza kerana situaisi yang berbeza. Aku juga telang menghadapi pelbagai bentuk kekecewaan tapi yang paling parang adalah bila aku dilukai tanpa darah. Bukan sebab luka itu tidak dalam tapi kerana luka itu di hati yang darahnya tidak kelihatan tapi kesakitannya terpaksa ku tanggung. X siapa pun mengkehendakinya, namun kita terpaksalah jua menghadapinya.

 

Kekecewaan menyebabkan aku benci akan diriku. Aku hampir memarahi Penciptaku yang menyebabkan ku sakit kerana kecewa. Namun begitu padaNya juga lah aku mengadu, merayu dan memohon agar kesakitan itu sembuh. Akhirnya, pada hari ini dan Insy’Allah seterusnya pada masa akan datang aku semakin sembuh.

 

Tanpa kuduga, aku dipertemukan dengan jalan yang lain yang membuatkan ku x akan berpaling ke jalan yang dulu. Kulihat ada sinar di jalan ini yang dapat menyembuhkan luka ku. Walaupun bukan ini yang kupinta dan ku pohon daripadaNya tapi aku bersyukur kerana sedikit demi sedikit kekecewaanku semakin ilang dan diganti dengan sinar. Aku impikan sinar bulan di sepanjang malam ku dan sinar mentari di sepanjang siang ku yang menghapus kesunyian, mendamaikan hati, menghangatkan tubuhku yang dingin dan mewarnai sepanjang hidupku. Biarlah aku mneruskan perjalanan hidupku di jalan yang berbeza dr yg dulu…

 

Aku bukan siapa2 yang ada keistimewaan yg boleh dibanggakan. Aku dilahirkan dengan fizikal yang sempurna namun aku masih merasakan banyak kecatatan pada diriku. Memang aku ada kekurangan sejak lahir lg sebenarnya tp syukurlah x menjejaskan kehidupanku dan sehingga kini ia semakin pulih. Aku amat bersyukur kerana ada juga insan yang memberikanku sinar harapan, menghargai dan menerima diriku seadanya.

 

Kepada emak, kakak2 n adik2, dan kwn2 anda semualah yang memberikanku sinar yang abadi… Buat si dia, kaulah sinar harapanku yeng menghapuskan tangisanku, mengubat lukaku dikala kecewa. hehe..

 

Kita manusia hanya mampu merancang, dan kita harus redha dengan ketentuanNya. Biarpun pahit, kalau ia adalah ubat yang dapat menyembuhkan kita jangan teragak-agak menelannya. Ni pesan sorg insan yang paksa aku mkn ubat.

Comments No Comments »

Hati ku ini diusik rasa
Semenjak kita bertemu mesra
Bibirmu mengukir
Senyuman yang menawan

Jangan kau jauhkan dirimu
Hidup ku terasa sunyi sepi
Secebis kasihmu
Yang kini ku nantikan

Andai takdir kita
Kau berpisah kiranya
Tiada ku relakan
Diriku kan jadi merana

Berikan ku sinar harapan
Ukirkanlah sekuntum senyuman
Semoga lenyaplah
Resah di dalam dada

Comments No Comments »

Teruskan berjalan, berpatah balik atau ikut jalan lain?

 

Kekeliruan semasa memnempuhi arus perjalanan membuatkan aku seperti dihimpit dengan bebanan yang berat dan menyesakkan dada. Siang berganti malam dan aku masih disini di jalan yang sibuk tetapi amat menyepikanku.

 

Sanggupkah aku meneruskan perjalanan ini?

Jalan yang sedang aku lalui sekarang ni dahulu adalah amat selamat dan menenangkan ku walaupun ada banyak duri. Aku masih mampu melaluinya. Namun, tiba2 tanpa ku duga jalan ini amat payah untuk kulalui. Terlalu banyak yang sukar diungkapkan betapa payahnya diriku ini untuk berdiri dan terus berjalan dan berlari. Aku rasa jalan ini adalah yang tepat untuk ku pilih tapi sekarang aku seperti menyesal. Kenapa aku pilih jalan ini dulu? Ada banyak jalan lain tapi yang ku nampak hanya jalan ini dan sekarang aku sendiri yang terperangkap. Biarpun jalan ini bukan jalan mati, tapi aku buntu untuk meneruskan jalan yang seterusnya.

 

Bolehkah aku berpatah balik?

Aku memikirkan jika aku boleh mengundur kebelakang. Merangkak kembali memperbaiki jalan yang dulu. Bolehkah? Aku tidak mampu. Masa terus kedepan, sedangkan kalu aku undur ke belakang, sampai bila aku akan sampai ke destinasi?

 

Ada jalan lain yang boleh aku lalui?

Ada banyak jalan lain yang menungguku. Aku ada ternampak dalam samar2. Tapi yang ku nampak, jalan itu sekarang amat merbahaya. Aku semestinya tidak mampu untuk menanggung luka yang parah nanti. Aku memerlukan kelengkapan yang banyak sebagai persediaan untuk menahan sakit. Tapi akan sembuhkah luka itu nanti? Itu tiada siapa yang tahu sehingga aku menempuhinya sendiri.

 

Akhirnya…

Aku mengambil keputusan untuk meneruskan jalan ini hingga sampai ke penghujungnya. Keputusan ini adalah pasti. Aku harus berfikiran positif untuk mendapat hasil yang positif. Aku yakin, jalan ini akan kembali menyenangkanku. Aku harus tempuhi juga walau apa pun halangan di jalan ini. Dengan kekuatan hati, usaha dan doa semestinya aku mampu meneruskan jalan ini dengan bahagia. Amin…

Comments No Comments »

Cinta,

Pergilah jauh dari hidupku

Aku kan lebih tenang tanpa mu

Aku kan lebih bahagia tanpa mu

Cinta,

Hadir mu tanpa direncana

Pergi mu seolah membawa bencana

Aku terumbang ambing dan tidak keruan

Oleh kerana sebuah cinta yang dusta

Cinta,

Kau melenakan ku dalam hembusan rindu mu

Aku terpesona dan khayal dengan dunia mu

Kau juga bisa membinasakan masa depanku

Dengan menghayutkan aku dengan gelombang tsunami cintamu

Cinta,

Pergilah kau jauh dari hidupku

Aku benci pada mu

Aku benci akan perasaan ku

Pergilah jauh-jauh dari hati ku

Biarkan aku sendiri tanpa cinta mu

Biarkan aku sendirian…

Cinta,

Aku tidak membutuhkan mu

Aku kan lebih tenang tanpa mu

Pergilah…..

Pergilah kepada insan yang lebih tahu menghargai apa itu maknanya cinta

Comments 1 Comment »

Aku kekadang terbenci kehidupanku yang kurasakan tidak adil dan menghimpit aku dengan bebanan tak henti2. Aku benci jika waktu senja menjelang, mesti malam akan menjelma tidak lama lg. Malam membawa kesunyian dan keterasingan padaku. Aku benci dengan diriku yang tanpa kusedar telah melakukan kesilapan yang tak mudah diperbetulkan. Aku benci dengan apa yang sedang kutempuhi ini. Aku benci!!!!

 

Ramai yang memujukku dengan berkata biarlah kita menhadapi kepahitan sekarang, mungkin kita akan mengecapi kemanisan diakhirnya juga. Tapi bagaimana aku harus percaya kalau telah sekian lama aku tidak merasa kemanisan itu. Berdosakah aku untuk menolak ketentuan Tuhan? Sudah tentu. Aku selalu merasakan diriku telah salah merancang hidupku selama ini. Tapi bagaimana lagi yang harus aku lakukan?

 

Apabila aku di dalam kepayahan orang hanya tahu berkata begitu dan begini, itu dan ini, tapi yang menanggungnya adalah aku. Berapa kali aku harus pasrah? Bila hidupku akan berubah? Ahhh!!! aku dah bosan dengan pelbagai soalan yang menyesakkan dada. walaupun aku meminta sesiapa menjawab segala persoalan itu, tak ada siapa pun yang memberikan jawapan yang memuaskanku lalu menenangkan hatiku.

 

Di mana ketenangan dalam hidupku? Mohonlah pada Tuhan. Itu jawapan yang mesti kuterima. Tapi bila sudah banyak kali memohon tapi tiada termakbul, aku jd lagi letih. Berusahalah lagi.. Lagi satu jawapan yang membuatkan aku bertambah letih. Tolonglah aku… Aku benci diriku dan kehidupanku ini!

 

Aku ingin lari dari semua ini. Tapi kemana? Bagaimana? Soalan lg…

Comments No Comments »

Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoisanmu sendiri.
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya, walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya, “Bolehkah aku menciummu?”.
Saat kau MENYAYANGI seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya, “Bolehkah aku memelukmu?”.
Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada disisinya, maka kau akan menggenggam erat tangannya.

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jangan menangis”
SAYANG adalah saat ia menangis, kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dan kau akan membiarkannya menangis dipelukanmu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata “Ia sangat cantik dan menawan.”
SAYANG adalah saat kau melihatnya, kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan dengan matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata, Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku…”

Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu, maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu, kau akan berkata, “Tak apa, dia hanya tak tau apa yang dia lakukan.”

Pada saat kau SUKA padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus.

SUKA adalah kau akan menemaninya, bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya, disaat dia memerlukan.
CINTA adalah kau akan menemaninya, disaat bagaimanapun keadaannya.

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal yang memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

Comments No Comments »